F Pertaruh gandingan baharu, lama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pertaruh gandingan baharu, lama

JIKA dilihat terhadap sambutan filem tempatan, rata-rata penonton lebih menggemari filem berunsur aksi, komedi dan seram.

Jarang filem selain daripada tiga genre ini mendapat sambutan hangat di kalangan penonton tempatan.

Dek kerana itu, tidak hairanlah rata-rata penerbit lebih selesa menghasilkan filem yang menjadi 'makanan' penonton.

Dan terbaharu, pengarah prolifik, Pierre Andre kembali dengan sebuah filem komedi, selepas beberapa kali menghasilkan filem seram sebelum ini.

Filem berjudul Kecoh! Primadona Kena Hantu ini turut menggabungkan elemen komedi dan seram.

Lebih menarik, ia turut menyaksikan gandingan pelakon komedi lama dan baharu seperti Kamal Adli, Kamarol Yusof, Khatijah Tan, Abam Bocey dan Amir Raja Lawak.

Ia mengisahkan tentang sebuah team produksi yang menjalankan penggambaran mengenai cerita seram di sebuah rumah banglo dengan bajet kecil.

Mereka dari awal sudah mempunyai masalah untuk menunggu kehadiran pelakon veteran, Primadona Khaty untuk datang ke set.

Kebetulan pengarah juga datang lewat ke set kerana neneknya meninggal dunia. Apa yang dirisaukan pengarah ketika itu kerana dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dan berkemungkinan ianya adalah saka neneknya.

Ketika penggambaran, pelbagai perkara berlaku dan sehinggalah Primadona Khaty jatuh pengsan. Mereka menyangka bahawa Primadona Khaty telah di rasuk saka nenek pengarah.

Jika diukur dengan kemampuan Pierre sebelum ini, barangkali penonton tidak perlu terlalu bimbang dengan keseluruhan hasilnya.

Apatah lagi filem ini mempertaruhkan pelakon-pelakon yang sudah diketahui hasil keberkesanan lakonannya.

Malah jika dilihat dari trailer filem ini, pelbagai aksi lucu yang berlaku dan diadun sedikit dengan unsur seram.

Namun, bagi anda yang ingin mengetahui keseluruhan hasil dan kisah filem ini, jangan lupa menonton di pawagam.


Powered by Blogger.