F Pernah Bercinta Dengan Bekas Suami Elly Mazlein | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pernah Bercinta Dengan Bekas Suami Elly Mazlein

Pelakon Faye Kusyairi mendedahkan pernah berkawan rapat dengan pengarah Azmi Hatta yang juga merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein.

Memetik laporan mStar online, Faye bagaimanapun menjelaskan hubungan itu terjalin selepas Elly dan Azmi bercerai.

"Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

"Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

"Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang," ujarnya.

Faye membuat pengakuan tersebut selepas tidak tahan dengan tuduhan kononnya dia menjadi punca perceraian Elly Mazlein dengan lelaki tersebut.

Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, dekat sini iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.
Powered by Blogger.