F Perhitungan terakhir: Juvana 3 lebih aksi, drama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Perhitungan terakhir: Juvana 3 lebih aksi, drama

SELEPAS menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tampil dengan sekuel terbaharu, Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

Dalam kesinambungan filem ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo, diarahkan Faisal Ishak dan diterbitkan bersama Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd serta Star Media Group Berhad.

Filem yang padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja terbabit dalam gejala sosial seperti gengster dan sindiket pelacuran ini masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz.

Turut sama membantu Hasnul Rahmat, Nad Zainal dan beberapa pelakon dari siri drama sebelum ini.

Secara keseluruhannya, pada pandangan penulis, jika anda tidak pernah menonton filem kedua, anda barangkali tidak akan dapat memahami perjalanan filem ketiga ini.

Ini kerana Juvana 3 merupakan kesinambungan sekuel terdahulu. Biarpun Faisal meletakkan beberapa babak imbas kembali pada awal filem, ia barangkali belum cukup memberi input kepada penonton.

Namun, bagi yang pernah menyaksikan sekuel sebelum ini, Juvana 3 adalah jawapan dan ubat kepada rasa tidak puas, persoalan yang tergantung di dalam filem sebelum ini.

Bukan itu sahaja, di dalam filem terakhir ini, Faisal memasukkan lebih aksi yang berkesan berbanding filem terdahulu.

Dari segi lakonan pula, rasanya tidak perlu penulis jelaskan lagi kerana jika anda benar-benar peminat Juvana, anda tahu kemampuan semua pelakon terlibat.

Dalam siri ketiga filem ini Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara.

Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara yang sudah pun bermula tayangan sejak 29 September lalu.

Powered by Blogger.