Berita Terkini
recent

Perak gagal manfaat peluang, tewas 1-3

PERAK gagal manfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-3 kepada T-Team pada aksi separuh akhir pertama Piala Presiden 2016 di Stadium Perak, hari ini.

T-Team membuka jaringan  menerusi Aqil Irfanuddin yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-14.

Gol berkenaan bagai memberi suntikan semangat buat pelawat untuk terus mengasak ke gawang Perak dan hasilnya Zairulizwan menjaringkan gol kedua pada minit ke-17.

Ketinggalan dua gol bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat tuan rumah yang mula bangkit mengatur asakan ke gawang lawan dan hasilnya Faizzwan berjaya menjaringkan gol hasil sepakan percuma pada minit ke-20.

Bagai tersentak dengan jaringan berkenaan, kesebelasan T-Team  mula memperkemaskan semula asakan dan hasilnya Naqib Najwan berjaya meledak gol ketiga pada minit ke-45.

Kedua-dua pasukan mula menggandakan asakan pada babak kedua dengan melancarkan serangan demi serangan ke gawang  lawan masing-masing bagi menambah jaringan.

Namun, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan hingga ke wisel penamat.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua di Kuala Terengganu 12 Oktober depan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.