F Penghibur Taiwan Johnny Chiang Dilantik Duta Pelancong Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penghibur Taiwan Johnny Chiang Dilantik Duta Pelancong Malaysia

Kementerian Pelancongan melantik penyanyi veteran Taiwan, Johnny Chiang Yu Heng sebagai duta pelancongan, bagi mempromosikan Malaysia di pasaran China, Hongkong, Taiwan, Jepun dan Korea Utara.

Memetik laporan Awani, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pelantikan Johnny juga dibuat kerana popularitinya serta lagu berjudul 'Rasa Sayang My Home’ nyanyian penyanyi itu yang sangat dikenali di China, sekaligus berjaya menaikkan nama Malaysia di sana.

Penyanyi yang sudah menghasilkan 24 album sepanjang 30 tahun bergelar anak seni itu, dijangka akan membawa lebih 3,000 ahli kelab peminatnya ke Malaysia pada tahun ini dan tahun hadapan.

Selain itu, pelantikan juga dibuat ke atas ahli silap mata Malaysia, Kabir Khan dalam membawa jenama Malaysia di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Manakala bintang filem tamil kelahiran Malaysia Shantini Theva juga diangkat sebagai duta pelancongan kerana kejayaannya menembusi industri filem Kollywood.

Duta pelancongan Malaysia merupakan satu program yang bertujuan untuk memacu industri pelancongan mencapai sasaran 36 juta pelancong pada tahun 2020.

Setakat ini seramai 18 tokoh dan personaliti telah dilantik menjadi duta pelancongan antaranya penyanyi Yuna, Shila Amzah dan pereka kasut terkenal Profesor Datuk Dr. Jimmy Choo.
Powered by Blogger.