F Pelanggan Batal Beli Baju Butik Lan Kristal Kerana Anggap Kerjaya Artis Tidak Halal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelanggan Batal Beli Baju Butik Lan Kristal Kerana Anggap Kerjaya Artis Tidak Halal


Terkejut Kakigosip apabila membaca status yang ditulis oleh isteri Lan Kristal berkenaan gelagat salah seorang pelanggan butiknya.

Menurut perbualan menerusi Whatsapp yang dimuatnaik antara isteri Lan Kristal dengan pelanggan tersebut, wanita itu telah membatalkan pembelian apabila mengetahui
bahawa Lan Kristal merupakan pemilik butik.

Isunya kerana Lan Kristal artis dan wanita tersebut menganggap pendapatan kerjaya sebagai artis adalah tidak halal.

Ini luahan isteri Lan Kristal;

"Allahuakbar, kecewa sekejap dengan pelanggan begini.  Tak sangka sebab masih ada manusia yang kolot pemikirannya. Dear kakak yang 'berwasap' semalam, kami tak paksa kalau kakak tak nak beli koleksi dari kami TAPI JANGAN HINA pekerjaan suami saya sebab dari hasil nyanyian tu la kami besarkan anak-anak, kami dapat pergi umrah dan lain-lain. InsyaAllah selagi waras akal fikiran, kami masih tahu HALAL & HARAM dan jangan dirosakkan fikiran pembantu butik saya dengan menulis cari rezeki kena yg halal tau.  Saya doakan semoga family akak kelak tak ada yang bekerja dalam industri yg kakak hinakan sgt ni," tulis Sheila.

Sabarlah Lan, Sheila dan semua rakan-rakan artis yang berniaga. Manusia ini macam-macam. Kita doakanlah semoga tak ada keluarga kakak ini yang menjadi artis ya.
Powered by Blogger.