F Pelakon Tony Eusoff Keluar Penjara 1 Oktober lalu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon Tony Eusoff Keluar Penjara 1 Oktober lalu


Pelakon Tony Eusoff akhirnya telah pun keluar dari penjara pada 1 Oktober lalu setelah lima bulan menjalani hukuman kerana kesalahan memiliki dadah.  Tony dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik di Admiralty West Prison, Singapura.

Dalam temu bual Sembang Seni AWANI 7.45, Tony sudah membuat perancangan untuk bertemu semula dengan rakan-rakannya dan memberitahu bahawa dia sudah keluar dari penjara dan kembali ke tanah air.

"Saya baru sahaja keluar, jadi belum ada perancangan yang jitu lagi.  Cuma buat masa ini adalah untuk bertemu dengan kawan-kawan lama yang pernah bekerja bersama untuk buat show kecil-kecil semula dan untuk memberitahu bahawa saya sudah bersedia untuk back in action.

"Saya ambil masa untuk jumpa kawan-kawan.  Saya akan hubungi mereka satu per satu. Namun ada juga rakan-rakan yang pernah saya bekerja dahulu, setakat ini ada dua produksi yang telah menawarkan saya untuk buat filem tahun depan.

"Risau tetap ada tentang masa depan tetapi  syukur masih ada majikan, produser yang masih percaya dan ada keyakinan pada saya untuk undang saya bekerja dengan mereka semula.  Saya bersyukur" jelas Tony.

Bercerita sedikit mengenai lima bulan di dalam penjara, katanya masa seakan terhenti untuk dia dan ketika itulah dia reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan untuknya.
Powered by Blogger.