F Pelakon The Great Doctor Ditahan Miliki Dadah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon The Great Doctor Ditahan Miliki Dadah

Aktor Choi Chang Yeob dilaporkan ditahan pihak polis pada 8 Oktober selepas didapati menggunakan dan memiliki dadah jenis metamfetamin.

Soompi melaporkan pihak polis mula menyiasat aktor itu sejak September lalu hasil daripada maklumat sumber dan menahan Chang Yeob di kediamannya.

Pihak pengurusannya, Sammaru Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan pelakon itu berhubung penyalahgunaan dadah seperti dilaporkan.

"Dia kini ditahan untuk membantu siasatan dan pihak kami akan melantik peguam bagi mewakilinya.

"Bagi pihak Chang Yeob kami meminta maaf kerana masalah berkenaan telah menyebabkan peminat berasa terluka," kata kenyataan itu lagi.

Chang Yeob sebelum ini pernah popular menerusi drama bersiri The Great Doctor dan School 2013 selain muncul dalam program Problematic Men.
Powered by Blogger.