F Park Shin Hye Dah Sampai | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Park Shin Hye Dah Sampai

Aktres popular Korea, Park Shin Hye selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 10.30 malam tadi.

Sejurus muncul keluar dari ruang ketibaan, bintang drama fenomena, Doctors, ini melemparkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah sekumpulan peminat yang menyambut kedatangannya.

Shin Hye berkunjung ke sini sempena perasmian butik produk penjagaan kulit dan kosmetik, Mamonde, yang akan berlangsung di AOEN pusat membeli belah One Utama, petang ini (Jumaat).

Shin Hye, 26, popular menerusi drama seperti Flower Boys Next Door, The Heirs dan Pinocchio. Beliau pernah disenaraikan sebagai 40 Selebriti Berpengaruh di Korea oleh majalah Forbes.
Powered by Blogger.