F Park Hae Jin Buat Lawatan Mengejut Ke Wad Pediatrik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Park Hae Jin Buat Lawatan Mengejut Ke Wad Pediatrik

PELAKON Park Hae Jin membuat kemunculan mengejut di sebuah hospital di Seoul bagi meluangkan masa di wad pediatrik dan memberi mereka hadiah.


Soompi melaporkan Hae Jin sempat menghadiahkan barangan seperti basikal, mainan, patung dan makanan kepada pesakit-pesakit di wab berkenaan.

Kanak-kanak yang berada di wad berkenaan terkejut dan gembira apabila melihat kelibat pelakon itu dan mereka menghabiskan masa kira-kira sejam.

"Hae Jin sudah membuat kerja amal sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya dan dia bersama badan kebajikan hospital ini selama tujuh tahun.

"Dia sering membuat kejutan kepada kanak-kanak apabila mempunyai masa terluang dengan membawa pelbagai hadiah untuk mereka," kata sumber.

Sementara itu, Hae Jin kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Man to Man.
Powered by Blogger.