F Papagomo diarah bayar RM300,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Papagomo diarah bayar RM300,000

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 di samping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam yang juga bekas Ahli Parlimen, Datuk Sukri Mohamed.

Perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran ganti rugi dijalankan di sini.

Mahkamah sebelum ini  mendapati artikel yang ditulis   Wan Muhammad Azri merupakan  fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Kerajaan Kelantan.

Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan artikel  yang menyatakan Sukri menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak tuntutan Sukri atas alasan tiada bukti jelas mengenai pemilikan blog “Papagomo”.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan tuntutan Sukri dan kes ini berlanjutan hingga ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya yang di dengar pada bulan Jun yang lalu.

Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Jun lalu Mahkamah Persekutuan  menolak rayuan  Wan Azri untuk  menolak keputusan mahkamah yang memerintahkan dia  membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim   berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Powered by Blogger.