F Pakcik, atuk rogol, cabul darah daging sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pakcik, atuk rogol, cabul darah daging sendiri

Dua beranak ditahan selepas disyaki berulang kali merogol dan mencabul darah daging mereka seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Berendam di sini, sejak Mei lalu.

Difahamkan, kejadian sumbang mahram membabitkan datuk berusia 64 tahun dan bapa saudara berumur 32 tahun didedahkan mangsa selepas menceritakan kepada ibunya lalu membuat laporan polis.

Menurut sumber, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Batu  Berendam itu tinggal bersama nenek  dan kedua-dua suspek di Taman Melaka Baru di sini sementara ibu bapanya bekerja di negeri lain.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, pelajar itu mengadu dicabul datuknya selepas menunjukkan beberapa video lucah melalui telefon bimbit selain berulang kali dirogol bapa saudaranya di rumah berkenaan.

"Susulan laporan dibuat ibu mangsa pada Isnin lalu, polis menangkap kedua-dua suspek di rumah mereka di Taman Melaka Baru beberapa jam kemudian.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 376 kanun sama atas kesalahan merogol," katanya di sini, hari ini.
Powered by Blogger.