F Padah buat kenyataan jelik anakanda TMJ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Padah buat kenyataan jelik anakanda TMJ

Seorang lelaki yang disyaki menjadi individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Masjid Wakaf Baru di Kelantan, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ia berikutan laporan polis yang dibuat di sini pada malam 29 September mengenai penyalahgunaan laman media sosial, Facebook.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kenyataan yang dimuat naik itu berkaitan dengan‎ status anakanda Tunku Ismail.

"Hasil daripada tangkapan itu, sekeping sim kad yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik itu turut dirampas," katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (10)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Powered by Blogger.