F Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nombor plat D5 bernilai RM37.2 juta

Ahli perniagaan India di Dubai, Balwinder Sahani membeli nombor plat D5 yang menjadi rebutan dengan harga Dh33juta (RM37.2j) pada sesi bidaan oleh Lembaga Pengangkutan Jalan.

Sahani atau juga dikenali sebagai Abu Sabah adalah pemilik RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah dengan kepentingan di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat.

"Saya suka mengumpul nombor plat unik dan saya berbangga kerana telah mendapat nombor ini," katanya dipetik Gulfnews.com

Sahani berkata, pada tahun lepas dia membeli nombor plat O9 dengan harga Dh25juta (RM 28.2j)

"Saya telah mengumpul 10 nombor plat setakat ini dan saya tidak sabar untuk menambahkannya lagi.

"Ia adalah satu keinginan. Nombor plat ini adalah untuk salah sebuah kereta Rolly Royces," ujarnya.

Nombor ini menarik minat ramai orang dengan bidaan bermula Dh20juta (RM22.6j)

Lebih daripada 300 pembida mengambil bahagian dalam bidaan yang berlaku setiap dua bulan menyaksikan saingan sengit untuk beberapa nombor.

Sebanyak 80 nombor unik itu ditawarkan dalam sesi bidaan semalam di antara satu hingga lima digit.

"Ini adalah bidaan terbesar yang kita dapat lihat setakat ini," kata  Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pelesenan RTA, Ahmad Hashim Behroozian.
Powered by Blogger.