F Nekad Berhenti Menyanyi Lepas Naik Pelamin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nekad Berhenti Menyanyi Lepas Naik Pelamin

Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem tekad untuk meninggalkan dunia nyanyian yang telah diceburi sejak lima tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! Ainan tidak berasa terkilan dengan keputusannya itu malah ia dibuat demi kehidupan yang dirasakan lebih sesuai memandangkan dia akan bergelar isteri tidak lama lagi.

"Selepas berkahwin, saya membuat keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian. Selain itu, saya juga merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD).

"Perancangan tersebut tidaklah bermaksud bahawa saya mahu meninggalkan dunia seni secara total kerana saya juga aktif dalam bidang pengacaraan.

Pelantun lagu 150 Juta ini bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada 7 Januari 2017.

Dia sekarang sedang sibuk melakukan persiapan berkaitan barang hantaran, lokasi majlis resepsi dan akad nikah serta cenderamata buat tetamu. Selain turut belajar memasak.

Dalam pada itu Ainan berkata, dia tidak mempunyai masalah melalui fasa perkahwinan dalam usia yang muda memandangkan kebanyakan ahli keluarganya juga berkahwin pada usia muda termasuk ibu bapanya.

Tambahan, akuinya setelah beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini membuatkan dia serik untuk mengambil masa lama bercinta.
Powered by Blogger.