F Nam Taehyun Direhatkan Kerana Penyakit Mental | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nam Taehyun Direhatkan Kerana Penyakit Mental

PERANCANGAN kemunculan semula kumpulan WINNER terpaksa ditangguhkan selepas salah seorang anggotanya, Nam Taehyun dilaporkan mengalami masalah mental.

Soompi melaporkan syarikat pengurusan kumpulan itu dalam satu kenyataan memberitahu Taehyun mengalami masalah berkenaan sejak beberapa tahun lalu akibat tekanan dan penyakit itu kembali sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pihak agensi itu tidak mendedahkan jenis penyakit mental dihidapi penyanyi itu.

"Selepas mendapatkan rawatan kami mendapati Taehyun masih belum bersedia untuk kembali beraksi dan kami mengambil keputusan untuk biar dia berehat dan mendapatkan rawatan.


"Penyakit mental yang dihadapinya sudah lama sejak dia bergelar pelatih di agensi ini yang berkemungkinan daripada tekanan melampau," kata wakil syarikat berkenaan.

Pihak YG Entertainment juga menangguhkan pelancaran single terbaharu WINNER yang sepatutnya dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memberitahu, Taehyun kini berada di rumah ibunya dan sedang mendapat rawatan secara berterusan di hospital.

"Diharap peminat dapat mendoakan kesihatannya kerana keadaannya tidak begitu baik ketika ini," katanya kenyataan itu lagi.
Powered by Blogger.