F Najwa Tunggu Keputusan Universiti Luar Negara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Najwa Tunggu Keputusan Universiti Luar Negara

Penyanyi Najwa Latif, 21, merancang menyambung pengajian dalam bidang Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di luar negara, tahun depan.

Memetik laporan BH online, penyanyi yang popular dengan lagu Satu Hari Nanti ini memberitahu beliau sudah menghantar beberapa permohonan dan menunggu jawapan daripada universiti pilihan.

"Saya tak tahu lagi ke mana hendak dituju. Setakat ini, saya sudah menghantar permohonan di beberapa tempat... Tunggu saja keputusannya.

"Lagipun saya perlu menghabiskan semester terakhir dalam bidang Sarjana Muda Bahasa Inggeris di Universiti Antarabangsa UNITAR sebelum menyambung pengajian ke peringkat seterusnya," katanya

Sementara itu, selepas sembilan bulan menyepi bagi memberi fokus kepada pengajian, terbaharu Najwa tampil dengan single ke-12 berjudul Biar. Lagu berentak Pop itu merupakan ciptaannya sendiri bersama kakaknya, Ika.
Powered by Blogger.