F Nadiya Nisaa Reda, Jalani Rawatan Pulih Semangat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadiya Nisaa Reda, Jalani Rawatan Pulih Semangat

Pelakon Nadiya Nisaa, 31, mengakui masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan, pada Julai lalu.

Memetik laporan BH online, pelakon filem Interchange ini berkata, kehilangan tersebut memberi kesan ketara kepada dirinya dia terpaksa menjalani rawatan memulihkan semangat sepanjang berpantang.

"Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.

"Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar. Mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak.

"Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang," katanya.

Katanya lagi, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan tidak patah semangat atau trauma dengan apa yang berlaku. Malah menjadi lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan.
Powered by Blogger.