Berita Terkini
recent

Murid beritahu ibu bapa tidak bangun, rupanya...

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun memberitahu pemandu bas sekolahnya bahawa ibu bapanya tidak bangun sebelum beliau ke sekolah kelmarin.

Pemandu bas berkenaan kemudian memberitahu pihak sekolah yang kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Polis kemudian memeriksa rumah kanak-kanak tersebut dan menemui mayat ibu bapanya yang disyaki sudah meninggal dunia selama dua hari.

Laporan NY Daily News mengatakan Christopher Dilly, 26, dan Jessica Lally, 25, maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Pemeriksaan polis juga menemui peralatan untuk menghisap dadah dan tiga lagi anak mangsa yang berusia 5 tahun, 3 tahun dan 9 bulan di tempat kejadian.

Ke-empat-empat anak mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan perubatan dan akan diletakkan di bawah jagaan badan kebajikan sosial.

Polis masih dalam proses mengenal pasti dadah yang digunakan mangsa dan keputusan ujian bakal dikeluarkan dalam beberapa minggu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.