F Mohd Mentor Selamat Bertunang Dengan Gadis Pulau Pinang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mohd Mentor Selamat Bertunang Dengan Gadis Pulau Pinang

Lama tak dengar cerita Juara Mentor 4, Mohd Izwan Mohd Nor atau lebih dikenali dengan nama Mohd.  Terbaru dimaklumkan dia sudah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya Syiqin Zaidi, 23, dari Pulau Pinang.

Majlis pertunangan diadakan di rumah pengantin perempuan.  Pada majlis tersebut, rombongan Mohd seramai 30 orang membawa tujuh dulang berbalas sembilan.

"Kami berjumpa di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.  Saya pilih tarikh 8 Oktober sebab itu merupakan tarikh hari lahir saya.  InsyaAllah jika diikutkan perancangan, kami akan bertunang dalam tempoh setahun," jelasnya.  

Agak lama menyepi, Mohd memberitahu dia kini masih menyanyi dan terlibat dengan perniagaan kongsimakan.com di mana Syiqin pereka grafik di syarikat yang sama.
Powered by Blogger.