F Merepek dan Tak Masuk Akal - Emma Maembong | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Merepek dan Tak Masuk Akal - Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan lelaki yang dikenali sebagai Raden Ahmad Faizal (Raf) yang juga merupakan adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.

Memetik laporan BH online, Emma menjelaskan, dia dan lelaki itu telah lama berkawan sejak kecil.

"Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya pelukis di PWTC manakala arwah ayah Raf pengurus di situ. Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik kerap berkunjung ke situ.

"Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC. Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga.

"Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan. Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal. Ketika majlis itu, Kamal pun ada, dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun,” katanya

Terdahulu, menerusi sebuah laporan akhbar mingguan, Emma dikatakan sedang hangat bercinta dengan Raf yang juga merupakan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.

Menurut laporan itu juga, Emma dilihat begitu serius dengan hubungan tersebut sehinggakan beliau sendiri telah pun bertemu dengan ahli keluarga lelaki terbabit yang juga merupakan duda dua anak.
Powered by Blogger.