F Merayu Peminat Fanatik Jangan Datang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Merayu Peminat Fanatik Jangan Datang

Anggota kumpulan B.A.P, Daehyun memohon kepada para peminat fanatik agar tidak melawati tempat tinggal dia dan kumpulannya.

Pada 2 Oktober lalu, Daehyun menerusi laman sosial Twitternya menulis meminta "sasaeng" (gelaran bagi peminat fanatik) agar tidak mengganggu privasi dia dan rakan-rakannya yang lain.

"Tolong jangan datang mencari kami di asrama kami. Ia tidak menjadi masalah kepada kami, tetapi perbuatan anda boleh memberi kemudaratan kepada orang lain. Saya sangat-sangat merayu ", tulisnya berpesan kepada kalangan peminat yang sanggup berkhemah di hadapan kawasan asrama penginapan B.A.P tidak kira siang atau malam.

Selain Daehyun, B.A.P (Best Absolute Perfect) dianggotai oleh Yongguk, Himchan, Youngjae, Jongup dan Zelo. Ditubuhkan pada tahun 2012, kumpulan ini cukup popular menerusi lagu seperti Power, Warrior dan One Shot.

Sementara itu, Daehyun bukanlah artis pertama yang memohon kepada peminat agar tidak mengganggu privasinya. Sebelum ini, anggota kumpulan Big Bang iaitu TOP terpaksa meminta peminat di China berhenti membunyikan loceng pintu dorm mereka pada waktu malam.

Malah anggota kumpulan GOT7 iaitu Youngjae juga pernah terpaksa meminta peminat untuk berhenti mengekori ahli GOT7 dengan kereta ketika mereka dalam perjalanan untuk menjalani latihan.
Powered by Blogger.