F Mekap Artis Zur Eda Dedah Hal Sebenar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mekap Artis Zur Eda Dedah Hal Sebenar



Ketika ini viral gambar penyanyi Zur Eda yang belum touch up (edit).  Kasihan Zur Eda tak fasal-fasal popular dengan cara begini.  Meskipun begitu, Kakigosip yakin dia tetap positif meskipun menerima banyak komen-komen yang tidak enak.

Namun bagi menjaga air muka Zur Eda dan dirinya sendiri, akhirnya mekap artis bagi penyanyi Kelmarin ini, Syafieq Ayman mendedahkan hal sebenar di sebalik mekap tersebut.

Nah bacalah luahan hati Syafieq yang ditulis panjang lebar di Facebooknya.

***

Hello guys!

Saya rasa terpanggil untuk memberitahu perkara yang sebenar mengenai gambar yang tengah viral mengenai ZUREDA . Ya, saya lah yang mekapkan beliau untuk photoshoot promo Gegar Vaganza. Mula-mula saya mengambil langkah bijak untuk berdiam diri dan tidak memberi apa2 statement kerana saya tahu kesilapan bukanlah dari saya, mungkin ini adalah sabotaj atau strategi pihak mereka.

Memandangkan perkara ni viral dan mulut keyboard warrior semakin rancak. Saya faham rakyat malaysia MUDAH TERHIBUR dengan perkara2 sebegini dan mudah MENJATUHKAN HUKUM bagaikan mengambil alih KERJA TUHAN.

Untuk pengetahuan semua, untuk photoshoot studio ade '2 look' . 1st look adalah mekap biasa dan 2nd look pihak astro yang tetapkan dan berikan kepada artis (setiap artis berbeza look). Yang menjadi viral skrg adalah 2nd look Zureda (konsep yg pihak astro sendiri tetapkan).

Kami pun terkejut pada mulanya bila diberikan gambar rujukan oleh pihak astro mekap yang perlu saya buat utk 2nd look tu sebab saya tahu look itu kurang sesuai utk dia. Bila gambar dah release dan diupload di media sosial, tentulah kami pun terkejut dengan hasil kualiti gambar tu. Totally berbeza dari yang real.

Lighting gelap, mekap nampak teruk sangat dan skin tone tak balance. Takkan dalam byk2 gambar, gambar itu yg terbaik yg pihak astro rasakan utk tujuan marketing dan publisiti? Program ini bukanlah program maharaja lawak mega.




Program ini melibatkan penyanyi yang profesional . Di mana exclusivity dan gahnya program ini kalau pihak mereka tidak tahu macam mana gambar tu boleh jadi macam itu dan terlepas utk diupload tanpa proses editing? (menurut mereka).

Mereka takkan admit salah mereka kalau tak, takdalah keluar statement yg mengatakan Page Gegar Vaganza yang viral tu adalah fake account dan gambar yg keluar tu adalah raw pic. Takkan raw pic shoot di STUDIO lagi teruk hasilnya dari gambar dari FON BIASA?

Program ni sudah masuk musim ke-3, bukanlah program baru mereka buat or nak try and error sana sini so perkara2 macam ni sepatutnya tak berlaku. Saya bukanlah baru sebulan dua buat mekap dan bukanlah pakar sangat tapi saya belum hilang akal lagi nak buat muka dia jd mcm tu.

Siapa yg pernah mekap denga saya akan tau hasilnya macam mana. Bagi manusia yg berakal pendek, semestinya mereka akan menghentam mekap artist yang menyolek beliau dan artis itu sendiri, tanpa ingin mengetahui perkara sebenar behind the scene. Saya tau benda yang viral ni sekejap sahaja panasnya.

Bila ada isu lain pulak lepas ni perkara ni akan sejuk . Tapi benda yg sekejap inilah yg akan memberi impak . Di sini saya tunjukkan gambar reference yg pihak mereka beri untuk buat 2nd look tu (nasib baik saya snap pic gambar reference ni tempoh hari) di tengah,gambar hasil mekap saya di sebelah kanan tanpa edit menggunakan kamera fon dan gambar hasil photoshoot itu . Anda nilaikan sendiri. Semoga terhibur ?
Powered by Blogger.