F Maya Matahari Nekad Tidak Sertai GV | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maya Matahari Nekad Tidak Sertai GV


Semalam telah pun diumumkan senarai peserta program TV Gegar Vaganza (GV3) musim ketiga.  Kakigosip  sendiri pun berasa teruja melihat nama-nama besar yang bertanding.  Semuanya hebat-hebat belaka.  Namun ramai yang terkejut apabila nama Maya Matahari tidak ada dalam senarai.

Kakigosip telah menghubungi Maya dan ternyata dia agak terkejut dengan senarai peserta GV3 tersebut.

"Dua musim saya pergi uji bakat yang diadakan dan dua musim jugalah saya tidak dipilih.  Jika ikutkan kata mereka (pihak Astro), seolah-olah saya tidak memenuhi kriteria.  Kriteria apa tak tahulah pula.

"Tapi tak mengapalah, saya anggap ada hikmah di sebalik ini.  Mungkin saya tidak berjaya di sini tetapi ada rezeki di tempat lain yang telah diaturkan olehNya.  Rezeki ada di mana-mana.  Ini merupakan satu cabaran kepada saya yang perlu diambil secara positif," ujar penyanyi Matahari ini.

Sempat juga kami tanyakan kepada Maya, jika ada lagi GV4 tahun hadapan, adakah dia mahu turut serta lagi.

"Ohh tidaklah.  Cukuplah rasanya. Tak mahu lagi dah.  Sekarang fokus saya adalah untuk buat single sendiri, bikin klip video cantik-cantik. Senang," jelasnya.


Bukan merajuk tau cuma dah penat agaknya Maya tiga kali pergi uji bakat.    Tak apalah Maya, anda tetap hebat.
Powered by Blogger.