F Maya Karin Pelik Tak Pernah Digandingkan Berlakon Dengan Shaheizy Sam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maya Karin Pelik Tak Pernah Digandingkan Berlakon Dengan Shaheizy Sam


Pasti ramai yang mahu tengok gandingan Maya Karin dan Shaheizy Sam kan. Sebab selama ini rupanya mereka berdua belum pernah digandingkan.

Malah Maya Karin sendiri berasa agak pelik kerana belum pernah berlakon di samping Sam.

Oleh itu, baru-baru ini apabila bertemu mereka telah merancang sesuatu.

"Kami dah bersetuju untuk berlakon bersama. Nanti akan dapatkan skrip yang sesuai kemudian tunggu masa kami berdua.

"Teringin berlakon dengan dia sebab dia pun seorang pelakon yang hebat. Shaheizy Sam kut, siapa yang tak mahu berlakon dengan dia kan," ujar Maya.



Bercerita mengenai perkembangan projek terbaru, Maya sekali lagi telah dilamar oleh Osman Ali bersama Bront Palarae.

"Tak boring pun walau berlakon dengan orang yang sama. Malah bagus juga sebab dah sama-sama faham dan serasi," jelas Maya lagi.

Maya ditemui ketika melawat Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia ke-7 (IGEM 2016), yang sedang berlangsung sehingga 8 Oktober ini, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Bagi Maya, IGEM2016 ini sangat berjaya kerana memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa banyak perkara yang boleh dipraktikkan untuk memelihara alam sekitar.

"Saya sendiri telah menggunakan tenaga solar di rumah, guna barang kitar semula, jimat penggunaan air dan elektrik, kereta hybrid dan membeli barang-barang yang perlu sahaja.  Tak perlu membazir," jelasnya.

Oleh itu, Maya menyeru semua peminat-peminatnya untuk hadir ke IGEM2016 pada 8 Oktober ini untuk melihat sendiri pameran tersebut.  Masuk adalah percuma.
Powered by Blogger.