F Maya Karin giat kempen alam sekitar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maya Karin giat kempen alam sekitar

SEJAK dahulu lagi, pelakon dan penyanyi Maya Karin dikenali sebagai antara artis yang terkenal dengan kempen alam sekitar.

Maya tidak pernah jemu untuk meneruskan kerja-kerja amalnya seperti ini, malah tetap meneruskan biarpun jadual kerja seni adakala membatasi minatnya itu. "Saya akan teruskan minat saya ini hingga 20 tahun lagi. saya tak akan jemu.

Bagi saya, untuk memberi kesedaran, kita perlu selalu buat. Saya akan ulang-ulang sampai semua orang faham dan ikut. Tak apalah, perlahan-lahankan.

“Sebagai selebriti, mungkin orang akan beri lebih perhatian sikit. Jika orang lain mungkin tak kisah sangat.  Jadi saya anggap ini adalah tanggungjawab sosial saya. Membantu memberi kesedaran kepada masyarakat,” ujar Maya.

Maya ditemui ketika melawat Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia ke-7 (IGEM 2016), yang berakhir semalam, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Bagi Maya, IGEM2016 ini sudah berjaya kerana memberi kesedaran kepada orang ramai banyak perkara yang boleh dipraktikkan untuk memelihara alam sekitar.

“Saya sendiri guna tenaga solar di rumah, guna barang kitar semula, jimat penggunaan air dan elektrik, kereta hybrid dan membeli barang-barang yang perlu sahaja. Tak perlu membazir,” jelasnya.
Powered by Blogger.