F Mat Dan kini dilantik duta JAS Terengganu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mat Dan kini dilantik duta JAS Terengganu

SELEPAS menjadi pengacara rancangan travelog, Haramain Backpackers bagi siaran Oasis, Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 27, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan dilantik sebagai duta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu.

Pengarah JAS Terengganu, Muhibbah Selamat berkata, pemilihan selebriti 'mat salleh' yang fasih bercakap loghat Terengganu itu mampu mendekatkan jabatan dengan masyarakat, bertepatan dengan usaha membudayakan penjagaan alam sekitar terutama dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, Mat Dan akan ditampilkan dalam majlis sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) yang diadakan di Mini Stadium Kerteh, Kemaman, pada 22 Oktober depan.

"Mat Dan merupakan calon sesuai kerana memiliki pengikut di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram yang ramai khususnya orang muda.

"Malahan beliau sendiri merupakan seorang yang mementingkan kebersihan pantai semasa menetap di Pulau Kapas suatu ketika dahulu.

"Menerusi kerjasama ini, kita yakin dapat mencapai hasrat untuk menanam rasa tanggungjawab masyarakat terhadap alam sekitar sekali gus meningkatkan penyertaan Rakan Alam Sekitar di Terengganu yang ketika ini mencecah hampir 12,000 orang sejak diperkenalkan pada 2009," katanya.
Powered by Blogger.