F Mahu Nikah Saja - Hazama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mahu Nikah Saja - Hazama

Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Mati, Hazama, 32, memberitahu sekiranya dia ingin berkahwin, dia hanya mahukan upacara akad nikah atau perkara yang wajib sahaja.

Memetik laporan sebuah blog hiburan, jelas Hazama, dia tidak berhasrat mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti yang lain.

"Seperti yang saya mahukan perkahwinan saya tidak ada majlis. Kita buat nikah sahaja, asalkan syariat dahulu, dan saksi semua cukup, katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Industri Muzik (AIM) 22.

Tambahnya lagi, dia tidak mahukan mana-mana penaja yang mahu menaja perkahwinannya kerana dia mahu berehat daripada ‘bekerja’ di hari bahagianya itu nanti.

"Tidak ada penaja, saya minta begitu kerana hari saya kahwin saya tak mahu bekerja. Kalau ada penaja maksudnya saya bekerja jugalah. Hari itu hari saya. Mungkin ada orang tak bersetuju, tapi saya rasa itu hak saya dan saya minta seperti itulah," katanya yang menjalinkan hubungan cinta dengan pemuzik dikenali sebagai Genervie Kam.

Bagaimanapun, Hazama meminta bantuan pihak media untuk menghebahkan tentang perkara mengenai perkahwinannya kelak. Katanya lagi, perkara ini dibuat kerana untuk mengelakkan fitnah.

“Jemput media ke majlis kahwin saya, Insya-Allah saya tak berani nak cakap apa-apa lagi. Kalau boleh saya nak bantuan media untuk gembar-gemburkan. Tujuan kita buat majlis ini untuk mengelakkan fitnah”, jelasnya.

Hazama turut menyatakan hasratnya untuk menghadiri kursus perkahwinan dan akan berkahwin secepat yang mungkin.

Perkembangan lain, dia kini dalam proses menyiapkan pembikinan albumnya yang kedua.
Powered by Blogger.