F Lihat Kalimah Allah Di Langit & Berkat Doa Rohana Jalil Di Mekah; Salwa Abdul Rahman Kini Berhijab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lihat Kalimah Allah Di Langit & Berkat Doa Rohana Jalil Di Mekah; Salwa Abdul Rahman Kini Berhijab


Alhamdulilah penyanyi era 80-an Salwa Abdul Rahman yang popular dengan lagu Satu Dua Kau, kini telah pun berhijab bermula pada 4 Oktober lalu.



Menurut Salwa yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wa, katanya, niatnya untuk bertudung telah lama namun ketika itu, 'seruannya' masih belum cukup kuat.  Ketika itu juga, dia juga masih lagi tercari-cari kekuatan untuk berhijab.

"Kak Wa ni menyanyi lagu dangdut, selepas itu Kak Wa pun memang suka tengok pelbagai gaya rambut yang cantik.  Jadi sedikit sebanyak, niat itu terbatas.  Belum cukup kuat lagi untuk berhijab masa itu.

"Sehinggalah dua tahun lalu Kak Wa terlihat kalimah Allah di langit ketika hantar anak ke sekolah.  Suami Kak Wa dengan anak-anak pun nampak.  Sempat Kak Wa rakamkan cuma Kak Wa tak upload sahaja video tu.  Tak mahu nanti orang kata Kak Wa macam-macam.  Kak Wa menangis dan pelbagai perasaan timbul bila lihat kalimah tersebut.

"Balik rumah, Kak Wa solat hajat, solat taubat, menangis sahaja.  Dalam fikiran mungkin ada sesuatu Tuhan nak tunjukkan pada aku.  Tapi Kak Wa belum bersedia, belum kuat lagi, namun rasa sangat bersalah.

"Selepas itu, Kak Wa ada tanya pada orang-orang sekeliling, kawan-kawan,  katanya memang Tuhan nak tunjukkan sesuatu kepada kita.  Mungkin supaya kita tingkatkan amal ibadat dahulu sebelum berhijab.  Dalam masa yang sama Kak Wa selalu berdoa supaya diberi kekuatan dan seruan untuk cepat berhijab," ceritanya.

Sambung Salwa lagi, namun dalam masa tujuh hari sebelum berhijab ini, dia selalu sahaja menangis dan ingin berpuasa.  Solat pun tak tinggal.  Terlintas dalam hati, mungkin sudah masanya untuk berhijab.

"Kemudian bila kawan baik, Rohana Jalil pergi Mekah, Den Wahab dengan isteri dia pun pergi Mekah, Kak Wa cuma minta mereka doakan supaya Kak Wa menerima seruan dan kekuatan hati untuk segera berhijab.  Memang Kak Wa suka nampak rambut cantik tapi terfikir lagi cantik depan orang, tak cantik depan Allah.

"Alhamdulilah, berkat doa-doa sahabat di Mekah, akhirnya pada hari lahir suami dan anak Kak Wa pada 4 Oktober lalu, Kak Wa memberi hadiah kepada mereka dengan mengatakan yang Kak Wa akan bertudung. Sayu sangat suasana ketika itu.  Alhamdulilah kini Kak Wa benar-benar yakin, benar-benar sudah bersedia dan lebih tenang," ujarnya sayu.



Alhamdulilah, Kak Wa bertudung pun tetap nampak cantik malah lebih manis.
Powered by Blogger.