F Lelaki Dihukum Bayar 3juta Won Akibat Tuduh Song Hye Kyo Pelacur | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lelaki Dihukum Bayar 3juta Won Akibat Tuduh Song Hye Kyo Pelacur

Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap seorang lelaki dikenali sebagai Mr. Seo atas kesalahan menuduh aktres jelita, Song Hye Kyo sebagai selebriti pelacur.

Sebagai hukuman, lelaki tersebut harus membayar ganti rugi sebanyak 3 juta Won (kira-kira RM11128.83) akibat kata-katanya yang sekaligus disifatkan fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Laporan Allkpop menyebut, Seo menuduh Song Hye Kyo mendapat 'bayaran' dari seorang ahli politik terkenal dari Parti Saenuri sekitar Januari dan Mei lalu.

"Banyak orang menderita kerana Partai Saenuri, dan saya sudah semestinya tidak menyukai "betina" itu yang ditaja oleh orang kuat di Saenuri. Pasti ada seseorang dibelakang Song-Tax-Evader dan pasti ada sesuatu antara agensi itu dengan Saenuri," tulis Seo.

Kes ini terus dibawa ke muka pengadilan dan lelaki tersebut terbukti bersalah.
Powered by Blogger.