F Lebih Sibuk Buat Duit Berbanding Fikir Soal Nikah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lebih Sibuk Buat Duit Berbanding Fikir Soal Nikah

Aktres juga pengacara popular Indonesia, Luna Maya masih lagi tidak mempunyai target bilakah masanya untuk dia mengakhiri zaman bujangnya.

Memetik laporan detikhot.com, personaliti berusia 33 tahun ini berkata, dia kini sedang sibuk mengembangkan perniagaannya dan belum terfikir soal mahu berumah tangga.

Katanya, sejak kebelakangan ini, dia sudah mengurangkan aktiviti lakonan malahan wanita kelahiran Bali ini baru saja menolak tawaran membintangi sinetron.

"Saya sekarang fokusnya ke filem kalau ada yang bagus. Tidak mahu berlakon sinetron, buat masa ini.

"Kenapa saya harus beri tumpuanpada perniagaan saya, sebab saya fikir lebih baik berusaha kearah sesuatu yang nanti akhirnya duit bekerja untuk diri kita.

Saya kerja untuk dapatkan duit. Kalau tidak datang dan menjalani penggambaran, maka saya tidak akan dapat duit. Kenapa tidak kita wujudkan peluang pekerjaan Sedikit-sedikit wang itu akan datang. Kalau ia berjaya dan berjalan lancar, walaupun keuntungannya kecil, kita tetap berpeluang merasainya," tutur pelakon filem 30 Hari Mencari Cinta ini.

Laporan juga menyebut, kesibukan Luna lantas membuatkan hubungan wanita itu dengan kekasihnya, Reino Barack kini dingin. Malaham Luna mengaku tidak punya target untuk segera bernikah dengan Barack.

"Ah target belum, sudah ilang. Kalau diajak secara serius sih iya, cuma banyak yang masih harus dibicarakan dan diselaraskan.

"Sekarang, semuanya memerlukan banyak duit. Banyak pelaburan di mana-mana. Belum siap, tapi nggak lah. Itu salah satu. Kalau berkahwin kan tidak cuma perlu kuat mental. Makanya ini salah satu bentuk persiapan saya dan dia di kemudian hari," terang Luna.
Powered by Blogger.