F Lay (EXO) Rebah Di Lapangan Terbang, Batal Lawatan Ke Jepun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lay (EXO) Rebah Di Lapangan Terbang, Batal Lawatan Ke Jepun

PENYANYI Lay dilaporkan rebah sehingga tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Soompi melaporkan ketika kejadian Lay bersama anggota kumpulan EXO sedang berjalan untuk memasuki ruang berlepas bagi menaiki pesawat ke Jepun.

Lay bagaimanapun tiba-tiba rebah sehingga membuatkan rakan-rakannya panik melihat keadaan itu.

Malah peminat yang memenuhi ruang legar di lapangan terbang itu turut terkejut melihat artis kesayangan mereka rebah tidak sedarkan diri.


EXO berangkat ke Tokyo, Jepun bagi mengadakan konsert yang diadakan selama dua malam di negara berkenaan.

Dalam pada itu, Lay dikejarkan ke hospital berdekatan dan dia dilaporkan masih tidak sedarkan diri ketika diberi rawatan.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan memberitahu keadaan Lay kini stabil dan EXO tetap meneruskan konsert di Jepun tanpa kehadiran penyanyi itu.
Powered by Blogger.