F Lan Kristal Terkilan Rezeki Hasil Nyanyiannya Dipersoal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lan Kristal Terkilan Rezeki Hasil Nyanyiannya Dipersoal

Vokalis kumpulan Kristal, Razlan atau Lan, terkesan dengan tohmahan dirinya memperoleh pendapatan tidak halal hanya kerana bergelar anak seni.

Tambah membuatkan dia terkilan kerana pihak berkenaan mempersoalkan tentang 'halal' sedangkan hampir separuh abad dia menggunakan hasil nyanyian untuk membesarkan tiga orang cahaya mata bersama isterinya, Sheila Razlan.

Memetik laporan Kosmo! Lan bagaimanapun berkata beliau tiada niat untuk mengaibkan individu tersebut, sebaliknya insiden tersebut berlaku apabila seorang wanita menghartar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada salah seorang kakitangan butik pakaian Muslimah miliknya bersama rakan-rakan, Lan Kristal X Saif’Azman & Edfrida.

"Sejujurnya, apa yang saya lakukan tidak berniat untuk memalukan sesiapa tetapi apabila ia berkaitan tentang maruah keluarga saya melihat ia agak keterlaluan kerana mengatakan sumber pendapatan saya sebagai penyanyi tidak halal.

"Tidak perlu terlalu terperinci mengenai puncanya tetapi apa yang boleh dikongsi ialah perkara itu bermula apabila individu tersebut menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada salah seorang pekerja butik yang menjaga jualan atas talian. Kemudian, staf saya memberitahu hal itu kepada isteri dan saya.

"Insiden itu secara tidak langsung telah mengguris hati saya sebagai anak seni. Selain itu ada yang mengatakan personaliti saya sebagai penyanyi rock, tidak bersesuaian menjual pakaian Muslimah," katanya mengulas mengenai kekesalan yang diluahkannya menerusi lama Facebook isterinya, baru-baru ini.

Lan menguruskan butik yang mula beroperasi sejak sambutan Aidilfitri lalu di Bangi Central, Bangi, Selangor sebagai pelan jangka panjang kehidupannya.

Tidak berniat memanjangkan perkara tersebut namun Lan berkata tindakan individu tersebut yang secara tidak langsung cuba menggugat periuk nasi saya. Dia berharap individu tersebut berhenti memburuk-burukkannya.
Powered by Blogger.