F Lagi karya adaptasi 'The Girl On the Train' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lagi karya adaptasi 'The Girl On the Train'

SEJAK kebelakangan ini, tidak kira sama ada produksi tempatan mahu pun luar seolah-olah lebih terarah menghasilkan karya adaptasi termasuklah produksi DreamWorks Pictures, Reliance Entertainment dan Marc Platt Productions yang bergabung menerbitkan filem terbaharu, The Girl On the Train yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Paula Hawkins.

Filem yang ditulis semula oleh Erin Cressida Wilson diarahkan Tate Taylor dan dijayakan pelakon seperti Emily Blunt, Rebecca Ferguson, Haley Bennett, Justin Theroux dan Luke Evans.

Ia mengisahkan kehidupan Rachel Watson yang mengalami masalah ketagihan alkohol. Setiap hari Rachel akan menaiki kereta api ke tempat kerjanya di Kota New York.

Namun pada masa sama dia akan melalui rumah lamanya iaitu tempat tinggalnya bersama bekas suami, Tom.

Biarpun cuba untuk tidak fokus pada rumah lamanya, Rachel perasan kehadiran jiran baharu, Megan dan Scott Hipwell. Rachel menggelar pasangan itu 'Jess and Jason' dan sering membayangkan mereka hidup bahagia.

Suatu hari, ketika menjalani rutin hariannya, Rachel melihat sesuatu mengejutkan. Pada keesokan harinya dia terjaga dan tidak ingat apa yang berlaku semalam.

Dia hanya dapat merasakan sesuatu tidak elok telah berlaku. Kemudian televisyen melaporkan Megan Hipwell telah hilang. Rachel cuba mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Secara keseluruhannya, pada pandangan penulis, filem ini mempunyai jalan cerita menarik.

Ia berkenaan masalah kecelaruan hidup dan pemilihan jalan salah untuk selesaikan masalah.

Bukan itu sahaja, ia juga berkisar 'apa yang kita lihat dengan mata, tidak semestinya benar'.

Namun sayangnya, Taylor tidak menggunakan kelebihan itu untuk garap cerita ini sebaiknya.

Biarpun mungkin ada di antara penonton yang mula tertanya-tanya gerangan pembunuh Megan, ada sebilangan penonton pula sudah boleh mengagak siapa pelakunya.

Pendek kata, walaupun ia filem thriller dan misteri, tetapi ia tidak meninggalkan impak besar buat penonton.

Mujur jalan cerita dan lakonan pelakon banyak membantu menghidupkan jalan cerita filem ini.

Namun ia hanya pandangan penulis, jika anda ingin ketahui keseluruhan jalan cerita filem ini, jangan lupa saksikan Girl On The Train di pawagam.
Powered by Blogger.