F Kumpulan Votez Disantau Serbuk Buluh Kuning! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kumpulan Votez Disantau Serbuk Buluh Kuning!


Jumaat lalu Kakigosip ada berjumpa dengan kumpulan Votez yang popular dengan lagu Mana Dulu, memberitahu mereka sebelum ini telah disantau ketika membuat satu persembahan di Johor Bahru, pada bulan Mei lalu.

"Kami dapat tahu selepas Meeyo gatal-gatal satu badan.  Tanpa berlengah Meeyo terus dapatkan rawatan di hospital. Setelah dua kali diberikan suntikan oleh doktor, keadaan masih tak sembuh.

"Seterusnya pergi buat rawatan tradisional. Daripada situlah Meeyo dimaklumkan bahawa kumpulan kami disantau angin. Masa buat rawatan tradisional tu, individu yang merawat Meeyo muntah serbuk buluh berwarna kuning," jelas Meeyo Shapik.

Sementara itu Kakigosip difahamkan seorang lagi iaitu Meer Nash juga terkena buatan yang sama dan Joe Bazli pula demam sehingga terlantar seminggu di rumah.

"Joe pula hanya demam selama seminggu di rumah sampaikan tak boleh keluar rumah," katanya.

Ditanya adakah mereka tahu siapakah yang melakukan perkara terkutuk masing-masing tidak tahu.

"Menurut individu yang merawat tu, katanya dari kenalan rapat, namun kami tak pasti siapa punya angkara," ujar Meeyo.

Mujurlah masing-masing sudah mendapatkan rawatan dengan cepat. Kalau lambat mungkin boleh jadi lebih teruk.
Powered by Blogger.