F Kronologi Rumah Tangga Elly Mazlein Dengan Bekas Suami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kronologi Rumah Tangga Elly Mazlein Dengan Bekas Suami


Sedih dan kecewa rasanya apabila rumah tangga yang telah dibina sekian lama akhirnya runtuh kerana tidak menemui jalan penyelesaian.

Bertambah pilu lagi bila mana diceraikan saat hamil. Itulah yang terjadi kepada Elly Mazlein yang telah diceraikan sekitar tahun lalu ketika usia kandungan Elly berusia 10 bulan.

Jadi ikuti kronologi kisah hidup Elly Mazlein;

1. Kes perceraian Elly dan bekas suami menjadi lebih tegang apabila dikatakan punca perpisahan mereka adalah kerana orang ketiga yang juga merupakan seorang selebriti bernama, Faye Kusairi.

2. Enam bulan selepas Putri Sara Sefhia dilahirkan, Elly berkata bekas suaminya masih belum melawat anak mereka. Wow sama lirik lagu Elly, 'tiada khabar yang kau kirimkan'. Namun, tidak sedikit pun menjadi masalah buat Elly untuk membesarkan Sefhia tanpa seorang suami.

3. Walau bagaimanapun, cerita sedih itu muncul semula selepas Faye mengakui bahawa dia berkawan rapat dengan bekas suami Elly, iaitu selepas dia difahamkan Elly dan Azmi sudah bercerai.

4. Setelah itu, Elly juga menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik gambar anaknya beserta kapsyen doa buat Faye dan Azmi dan berharap agar Faye dapat menjaga bekas suaminya dengan baik.

5. Terbaru, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan akan berjuang bagi menuntut hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah daerah Sepang, pada hari esok.

Ehem! Nampaknya lagu Elly Mazlein tepat sangat dengan keadaannya sekarang.
Powered by Blogger.