F Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu Disember Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu Disember Depan

Kejayaan Sambutan Ulangtahun WINGS ke 30 dan kedua-dua edisi Konsert Wings 30 Tahun di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2015 dan di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru pada 25 Disember 2015 telah membuktikan bahawa jenama Wings mampu pergi lebih jauh dan persembahan ‘live’ mereka sentiasa dinanti-nantikan oleh para peminat muzik rock.

Kali ini, Wings mengorak langkah ke Borneo pula dengan ‘tagline’ #getreadyborneosabahtatap. Jenama Wings adalah tidak asing kepada para peminat muzik rock di Sabah dan adalah salah satu kumpulan rock tempatan yang paling popular di Sabah.

Malah WINGS telah beberapa kali mengadakan konsert di Sabah dengan sambutan yang hangat. Terbaru adalah siri jelajah Konsert Wings ‘MenaklukKosmos’ yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau pada 21 dan 22 Mei 2015.

Kali ini Wings akan kembali ke Sabah dengan Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu, 24 Disember 2016.

Wings begitu teruja untuk menghimpunkan seluruh peminat mereka di sekitar negeri Sabah khasnya dan Sarawak serta Brunei Darussalam amnya, dalam sebuah konsert terbesar di Borneo. Ia dijangka menjadi siri sambutan Konsert 30 Tahun Wings yang terbesar bakal diadakan.

Konsert ini akan mengekalkan konsep ‘Back To 80’s’ iaitu mengembalikan kegemilangan dan nostalgia era rock tahun 1980an. Wings juga akan mengekalkan tenaga produksi, peralatan teknikal, sistem bunyi dan pencahayaan yang sama sepertimana konsert di Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk memastikan kepuasan penonton konsert di Kota Kinabalu ini. Keseluruhan persembahan akan membangkitkan nostalgia dan meninggalkan kenangan manis kepada para penonton serta menjadikan

Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu sebagai suatu malam yang tidak dapat dilupakan oleh para peminat Wings khasnya dan para peminat muzik rock di Sabah amnya.

Konsert anjuran K4MI Mutiara Global Sdn Bhd ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON).

Tiket-tiket berharga :

RM 50.00 Sayap Sayap

RM 250.00 Sayap Sayap Gold

RM 1000.00 Sayap Sayap Platinum

Pembeli ‘early bird’ tiket Sayap Sayap Gold akan berpeluang menghadiri Sidang Media ke 2 Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 November 2016. Lokasi majlis akan diberitahu kelak.

Pemegang tiket VIP Sayap Sayap Platinum pula akan ditempatkan di tempat duduk ‘grandstand’ dan berpeluang menghadiri majlis ‘post-party’ bersama kumpulan WINGS selepas tamat Konsert Wings 30 Tahun di Kota Kinabalu. Lokasi majlis akan diberitahu kelak

Untuk maklumat lanjut berkenaan sila layari laman web rasmi, www.tiketwings30thnkksabah.com

Tiket tiket juga boleh diperolehi di Facebook ‘Sayap-Sayap Wings’ atau layari laman web rasmi www.sayap2wings.com
Powered by Blogger.