F Konsert Budi Tamadun Kita | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konsert Budi Tamadun Kita

KONSERT Budi Tamadun Kita yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri Ahad lalu tampil dengan persembahan cukup ikonik menerusi gabungan muzik tradisional dan moden yang mempunyai kepelbagaian genre muzik.

Mengangkat tema ‘Budi Bahasa Budaya Kita’, konsert ini cuba menyampaikan mesej buat generasi muda menerusi persembahan dalam bentuk nyanyian, puisi, sketsa pendek, pantun serta kata-kata hikmat menerusi tiga segmen utama iaitu Kisah & Lagu, Drama & Muzikal serta Persembahan Puisi.

Persembahan monolog adik Rykal Iskandar mencuri perhatian penonton, selain deklamasi puisi dari Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Wan Hanafi Su yang disampaikan dengan cukup berkesan.

Lebih menarik seleksi lagu-lagu yang mengisi persembahan selama satu setengah jam ini juga terdiri daripada rangkaian lagu-lagu popular bermesej positif menyentuh aspek budaya, bahasa dan budi. Antaranya Anak-Anak Kita, Anak Malaysia, Senyum, Nyanyian Serambi, Senandung Hidup Berbudi dan lain-lain.

Barisan artis lain yang turut terlibat dalam persembahan ini ialah Datuk Ramli Sarip, Aris Ariwatan, Asmidar, MonoloQue, Waris, Najwa Latiff,  Juzzthin, CheKem, Arja Lee dan lain-lain.

Konsert ini yang mendapat sambutan memberangsangkan dari penonton ini turut dihadiri Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais selaku Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia.
Powered by Blogger.