F Kim Kardashian kongsi saat cemas dirompak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kim Kardashian kongsi saat cemas dirompak

BINTANG realiti terkenal, Kim Kardashian berkongsi saat-saat cemas yang dihadapi beliau ketika dirompak di sebuah hotel di Paris kelmarin.

Kim Kardashian sebelum ini dilaporkan telah dirompak di dalam bilik hotelnya di Paris oleh dua perompak bertopeng yang berpakaian seperti pegawai polis.

Satu sumber berkongsi maklumat mengatakan bintang tersebut telah diikat di tangan dan kakinya dan kemudiannya telah digari serta diacu pistol oleh perompak tersebut. Kim kemudiannya telah diletakkan di dalam tab mandi serta diikat mulutnya dengan pita pelekat.

Mujur ketika itu, rakan baik serta ‘stylist’nya, Simone Harouche berada di bilik hotel itu dan bertindak mengurung dirinya di dalam sebuah bilik air di tingkat bawah.

“ Simone menghantar pesanan ringkas kepada pengawal peribadi Kim, Pascal Duvier dan juga adik Kim, Courtney Kardashian.

“Dia nampaknya tidak boleh menelefon 911 daripada telefonnya,” kata sumber tersebut kepada E News!

Mujurlah sekuriti serta pihak polis lekas tiba di tempat kejadian membolehkan bintang tersebut memberikan kenyataan beliau sebelum pulang ke Los Angeles.

Buat masa kini, Kim dikatakan sedang berehat serta dikelilingi oleh ahli keluarga serta kenalan rapatnya sahaja.
Powered by Blogger.