F Kim Kardashian Diacu Pistol, Kanye West Terpaksa Tinggalkan Pentas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kim Kardashian Diacu Pistol, Kanye West Terpaksa Tinggalkan Pentas

Kanye West dilaporkan terpaksa berhenti membuat persembahan dan meninggal pentas secara mengejut atas alasan hal kecemasan berkaitan keluarganya.

Kejadian tersebut berlaku ketika rapper itu sedang membuat persembahan pada Meadow and Arts Festival yang berlangsung di New York, pada Ahad lalu.

US Weekly melaporkan, pelantun lagu Heartless ini ketika itu sudah selama 45 menit beraksi di atas pentas. Tiba-tiba beliau di tarik oleh pengurusnya ke tepi pentas. Kanye kemudiannya muncul semula dan memohon maaf sebelum beredar.

"Maaf, maaf, maaf. Disebabkan keadaan darurat kerana masalah keluarga, saya terpaksa menghentikan persembahan saya," ucap Kanye, sejurus suasana gamat dengan sorakan peminat yang tertanya-tanya apa yang teradi sebenarnya?.

Sejurus itu, wakil pihak penganjur naik ke pentas dan memberi penjelasan kepada penonton.

Rupanya ia berkaitan siterinya, Kim Kardashian yang saat itu sedang berada di Paris. Bintang realiti TV itu telah dirompak oleh dua individu bersenjata.

"Kim Kardashian West diacu senjata di dalam bilik di sebuah hotel di Paris malam ini oleh dua orang bertopeng, bersenjata dan memakai pakai seragam polis.

"Kim sangat terkejut namun tidak mengalami sebarang kecederaan," kata seorang sumber seperti yang dilaporkan CNN.

Kim bersama ibunya, Kris Jenner serta dua adiknya Kourtney dan Kendall berkunjung ke ibukota Perancis itu bagi menghadiri festival Minggu Fesyen Paris.

Laporan menyebut, Kim mengalami kerugian mencecah USD6.7 juta ekoran barang kemasnya dikebas oleh penjenayah tersebut.

Sejurus selepas kejadian, Kim dan keluarganya terus meninggalkan Perancis dan pulang dengan menaiki jet peribadi.

Powered by Blogger.