F Khai Bidas Dakwaan Sombong, 'Poyo' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khai Bidas Dakwaan Sombong, 'Poyo'

Gara-gara tidak menegur dan bersalaman dengan rakan penyanyi, Uchop dari program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 ketika dalam satu persembahan di Johor Bahru, dia dilabelkan sombong dan 'poyo'.

Memetik laporan Harian Metro, Khai Bahar bagaimanapun berkata, dia tiada niat langsung berbuat demikian dan tidak menyangka Uchop akan meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook.

Pelantun lagu Luluh ini meminta dia meminta maaf sekiranya kelakuannya itu mengguris hati Uchop dan sesiapa saja yang berada di belakang pentas ketika itu.

"Sebenarnya, saya tidak dapat mengawal emosi pada saat itu kerana otak saya berserabut. Sebelum saya sampai ke tapak persembahan, saya dimaklumkan kakak saya terbabit dalam kemalangan. Tidak lama selepas itu, keluarga sahabat saya pula bertalu-talu menghubungi saya bertanyakan berita mengenai sahabat saya kemalangan.

"Pada waktu itu, hati saya jadi tak tenteram apabila memikirkan perkara itu. Bagaimanapun, dakwaan mengatakan saya tidak senyum adalah tidak benar kerana seingat saya, saya sempat senyum kepada semua yang berada di belakang pentas," katanya mengulas mengenai isu tersebut.

Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan Khai itu, semalam, Uchop memuat naik status di Facebook menempelak Khai dengan mendakwa penyanyi popular itu ‘poyo’, sombong, tidak senyum dan tidak menghormati orang.


Khai juga dikatakan memotong gilirannya menyanyi selain menyifatkan dia takkan ke mana jika terus berkelakuan begitu.

"Saya tidak tahu pun aturan persembahan dan apabila disuruh menyanyi, saya turuti saja arahan penganjur. Sejujurnya, saya agak kabur ketika itu sehingga tidak menyedari situasi yang berlaku,” jelasi Khai.

Gara-gara kenyataan Uchop, Khai menjadi mangsa kecaman pengguna Internet dengan pelbagai komen negatif dilemparkan terhadapnya.
Powered by Blogger.