F Kemesraan Nazrief Nazri, Kekasih di Khalayak Curi Perhatian? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kemesraan Nazrief Nazri, Kekasih di Khalayak Curi Perhatian?

Nama pelakon Lara Terindah, Nazrief Nazri kebelakangan ini menjadi bualan ekoran aksi mesranya bersama seorang wanita yang didakwa kekasihnya.

Menerusi ruangan gosip akhbar Harian Metro menyebut, ada peminat terserempak dengan aktor itu bersama seorang wanita. Sudah beberapa kali dia terlihat Nazrief keluar bersama wanita itu dan sangat mesra. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan.

Difahamkan wanita bersama Nazrief itu seorang model dan pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja bersama dengan Mawar Rashid dan Raysha Rizrose.

Kalau dikatakan berjalan sambil berpimpin tangan, pasti wanita itu berjaya memenangi hati Nazrief.

Baguslah kalau begitu. Nazrief pun kembali solo selepas cinta terputus di tengah jalan kerana teman wanitanya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Paling akhir pun ada yang mengaitkan dia akrab dengan Emma Maembong, rakan pelakon drama yang mereka bintangi bersama iaitu Nasi Minyak Kuah Cinta timbul gosip.
Powered by Blogger.