Berita Terkini
recent

Kemenangan Ayda Jebat Di APM Dipertikaikan


Pantang betul bila seorang artis itu membolot banyak kemenangan sudah ada yang menganggap kononnya artis itu membeli undi.

Pada Sabtu lalu Anugerah Planet Muzik telah diadakan dan menerusi anugerah berprestij itu, penyanyi Ayda Jebat telah berjaya membawa pulang tiga trofi.



Namun kemenangan si pelantun Pencuri Hati itu ternyata ada yang tidak berpuas hati dan dipertikai oleh sesetengah pihak. Ini kerana pembabitan syarikat kosmetik House of Dre selaku penaja bersama acara tersebut.

Sementara itu, Ayda memberitahu, kemenangannya pada malam itu adalah hasil kerja kerasnya selama ini dan juga sokongan daripada kelab peminatnya, AJ Screamers yang mengundi.

Untuk info Ayda telah memenangi anugerah bagi kategori Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular (Pencuri Hati) dan Ikon Media Sosial.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.