F Kembara hidup Deanna | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kembara hidup Deanna

Disebabkan semakin jarang berlakon, ramai beranggapan pelakon jelita, Deanna Yusoff sudah tidak tinggal di Malaysia.

Deanna, 49, yang juga bintang filem Abang 92 dan Selubung ini ketika ditemui berkata, dia masih berpangkalan di sini, cuma kehidupannya lebih banyak mengembara.


Malah, dia yang kini aktif dengan perniagaan pakej pelancongan World Adventures membuatkannya lebih sibuk.

“Saya memang jarang berada di tanah air dan kerap mengembara ke luar negara. Itu perkara yang paling menyeronokkan buat saya ketika ini. Dalam tempoh lima minggu baru-baru ini, saya ke Turki, London, Switzerland dan Singapura.


“Hujung tahun ini saya ke Cuba pula untuk tempoh hampir tiga minggu,” katanya.

Deanna berkata, dia inginkan program travelog sendiri disebabkan banyak mengembara ke luar negara.

Impian itu sudah lama diidamkannya, namun ada kekangan yang membuatkan dia terpaksa menunggu.

“Kini saya yakin untuk menerbitkan program sedemikian, tapi ia bukan untuk tayangan di TV. Saya akan menggunakan medium ‘online’ seperti YouTube,” katanya.

Bercerita mengenai karier lakonan, Deanna berkata, dia kini lega selepas filem terbarunya berjudul Aku Haus Darahmu sudah mendapat lampu hijau untuk ditayangkan.

Dia teruja dengan hasil akhir filem berkenaan dan sempat berkongsi mengenai bagaimana dia terbuka hati menerima tawaran itu.

“Saya baru dapat perkhabaran bahawa filem itu akhirnya mendapat tarikh penayangan iaitu sekitar awal Februari tahun depan selepas lama menunggu giliran.

“Sememangnya saya sangat teruja kerana bukan saja ia berkisarkan cerita seram bahkan buat pertama kalinya diberikan watak yang memerlukan saya menari.

“Itu antara sebab saya sangat tertarik dengan filem ini apatah lagi saya tidak pernah mendapat watak sedemikian. Ia bukan tarian tradisional biasa, tetapi tarian yang disuntik elemen pergerakan haiwan. Ia memang sangat menarik,” katanya.
Powered by Blogger.