F Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon

Pelakon Anas Ridzuan mengakui penyertaannya menerusi program Mentor musim keenam empat tahun lalu sebagai batu loncatan untuk menyertai bidang lakonan.

Anas, 27, berkata, itu adalah peluang untuk meneruskan impiannya sebagai pelakon kerana menyedari bukan mudah mendapat peluang lakonan sekiranya dia tidak dikenali.

"Sebelum saya menyertai Mentor dahulu saya pernah berlakon teater dan drama tetapi tidak banyak kerana persaingan terlalu kuat.

"Saya sedar perlu lakukan sesuatu bagi mencapai impian saya dan Alhamdulillah Mentor telah membuka jalan lebih besar kepada saya," katanyae.


Untuk rekod, Anas mempunyai ijazah dalam bidang Filem, Teater dan Animasi daripada Universiti Teknologi Mara (UITM).

Dalam pada itu, Anas mengakui karier nyanyiannya suram kerana lebih banyak menumpukan perhatian kepada lakonan dan pengacaraan.

Bagaimanapun kata Anas, dia tidak pernah melupakan cabang seni tersebut dan sedang merancang untuk tampil dengan single baharu.

"Sejak Mentor tamat Alhamdulillah rezeki saya sebenarnya memang lebih banyak sebagai pelakon dan mungkin ada yang sudah lupa bahawa saya bermula dalam industri sebagai penyanyi.

"Saya tidak berkecil hati apabila karier nyanyian dilihat suram kerana memang kurang fokus kepada nyanyian sejak kebelakangan ini.

"Tetapi Insya-Allah saya akan tampil dengan single terbaharu selepas ini," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anas berkata, selain sibuk dengan projek lakonan dia kini turut bertindak sebagai pengacara program travelog terbaharu iaitu Jalan Jalan Makan Angin (JJMA) yang disiarkan di TV3.

Katanya, menerusi program yang memaparkan tempat menarik di dalam negara itu dia bergandingan dengan pelakon Nadzmi Adhwa.

Jalan-Jalan Makan Angin bersiaran sejak 2 Oktober lalu, setiap Ahad pada pukul 11.30 pagi.
Powered by Blogger.