F Kanak-kanak terjatuh dari tingkat satu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kanak-kanak terjatuh dari tingkat satu

Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai terjatuh dari eskalator tingkat satu di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata, mangsa yang dipercayai mengalami pendarahan dalam kepala dan tempurung kepala retak itu sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang.

"Mengikut laporan kejadian, ia berlaku ketika bapa kanak-kanak berkenaan mendukung mangsa di atas bahu ketika menaiki eskalator ke tingkat atas.

"Namun kemudiannya dipercayai bapa mangsa tunduk dan menyebabkan mangsa terjatuh ke aras bawah," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mior lagi, pihaknya dimaklumkan sebelum itu bapa mangsa panik kerana mendapati tangan anaknya yang lain tersepit di getah tempat pemegang eskalator.

"Pada waktu itulah beliau telah terlepas mangsa dan dalam masa yang sama mangsa telah terjatuh," katanya.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang kelmarin itu mengejutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Powered by Blogger.