F 'Kami tak paksa pesakit teruskan rawatan di sini' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Kami tak paksa pesakit teruskan rawatan di sini'

PEMILIK pusat rawatan tersebut menafikan menerima bayaran puluhan ribu ringgit membabitkan rawatan seorang pesakit wanita yang didakwanya mengidap penyakit urat saraf yang dirawat di pusat berkenaan.

Menurut pemiliknya yang namanya enggan dikenali, gambar yang diviralkan itu bukanlah resit bayaran tetapi adalah sebut harga yang dikeluarkan pihaknya sebelum meneruskan rawatan.

Katanya, berdasarkan sebut harga berkenaan, kos rawatan ibu lelaki berusia 22 tahun itu berjumlah RM32,800 kemudian diviralkan anak lelaki menerusi laman sosial Facebook lalu dikongsi netizen yang turut mengecam tindakannya sebagai pengamal perubatan Islam.


“Selepas membuat imbasan dengan persetujuan bayaran RM300 saya memberitahu penyakit-penyakit ibunya dan mengeluarkan sebut harga yang perlu dibayar sekiranya bersetuju meneruskan rawatan disyorkan.

“Sebenarnya itu hanya sebut harga di atas kertas. Kita di pusat ini tak paksa untuk mengenakan jumlah-jumlah tertentu tapi mengikut kadar kemampuan pesakit atau ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di sini, semalam.

Pemilik pusat rawatan tersebut yang mengendalikan pusat berkenaan bersama isterinya berkata, seutas gelang emas diterimanya pula selepas keluarga berkenaan bersetuju meneruskan rawatan sebaik sahaja sebut harga dikeluarkan.

“Saya tak paksa pesakit teruskan rawatan di sini kerana ramai juga yang datang scan sahaja dengan bayaran sebanyak RM300. Tapi bila dah tandatangan berserta cop jari (sebut harga) bermakna dia dah setuju (teruskan rawatan).

“Malah pesakit sendiri yang membuka gelang emas tersebut tanpa paksaan dan menyerahkan kepada saya serta berkata barang kemas berkenaan bernilai RM4,800 sedangkan bila saya pergi ke kedai emas, harga sebenar kira-kira RM1,700 saja,” katanya.

Menurutnya, pusat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak dua tahun lalu itu menggunakan kaedah bacaan ayat-ayat suci al-Quran, doa dan zikir tanpa melibatkan amalan songsang.

“Malah terdapat ayat al-Quran yang saya beri kepada pesakit untuk diamalkan, tiada kaitan dengan benda-benda khurafat mahupun jampi serapah.

“Saya pula jalankan rawatan di rumah saja tapi tetap berdaftar dengan SSM malah dah dua kali perbaharui lesen.

“Sepanjang merawat, ada juga yang tak bayar kos rawatan keseluruhan tapi tak ada la saya nak viralkan. Saya tak mahu mengaibkan orang dan cuma anggap ia dugaan,” katanya.
Powered by Blogger.