F Kalau Benar Bercinta Itu Hak Peribadi Mereka - Michael Ang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kalau Benar Bercinta Itu Hak Peribadi Mereka - Michael Ang

Pengarah, Michael Ang, tidak menafikan dua pelakonnya iaitu Neelofa dan Fattah Amin sedang menjalinkan hubungan cinta di lokasi penggambaran drama berjudul Suri Hati Mr Pilot.

"Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya.

"Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat 'memberi' apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Desas desus mengatakan pasangan teraju utama drama Suri Hati Mr Pilot itu menjalin hubungan istimewa timbul ekoran sejak kebelakangan ini, kedua-duanya sering memuat naik gambar keintiman mereka di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat, apakah kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Bagaimanapun Michael sebaliknya berkata, beliau tidak masuk campur urusan peribadi pelakonnya.

"Kalau benar mereka bercinta, itu hak peribadi mereka. Tetapi, di dalam set saya, mereka memang benar-benar bercinta. Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang," katanya.

Dalam pada itu, Michael mengakui kagum dengan kesungguhan dua teraju utamanya dalam menghayati watak, Michael mengakui dirinya melihat ada peningkatan dan kesungguhan ditunjukkan kedua-dua bintang utama drama berkenaan.

"Sebelum ini, saya hanya mendengar orang berkata Neelofa tidak boleh berlakon. Malah, Fattah sendiri sebelum ini pernah dilabel sebagai kayu.

"Tetapi, dalam drama ini, mereka nyata tidak seperti apa yang saya pernah dengar dan nampak. Bahkan, Neelofa mampu menghayati watak dengan baik sehingga mengalirkan air mata apabila membabitkan babak sedih," katanya.

Kata Michael, beliau sekali lagi cuba memberikan kelainan menerusi drama arahannya apabila kali ini memilih untuk menggandingkan Neelofa dengan Fattah.

Jelasnya lagi, biarpun dilihat intim dan mesra dalam drama terbabit, namun sebagai pengarah beliau cukup memahami serta mematuhi garis panduan membabitkan babak bersentuhan kedua-dua pelakon berkenaan bagi menghormati imej Neelofa dan penonton beragama Islam.
Powered by Blogger.