F Kajol kongsi rahsia penjagaan muka | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kajol kongsi rahsia penjagaan muka

BINTANG Bollywood terkenal, Kajol berkongsi rahsia beliau mengekalkan kecantikan wajah walaupun sibuk dengan aktiviti harian.

Menurutnya, beliau sebelum ini sering mengabaikan penjagaan muka kerana sentiasa sibuk dengan kerjayanya.

“Di awal penglibatan saya dalam industri ini, saya mengabaikan penjagaan muka saya kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.

“Kini setelah menginjak dewasa, barulah saya sedar kepentingan penjagaan muka tambahan pula dengan karier saya sebagai pelakon. Oleh itu, saya mula menjinakkan diri dengan produk penjagaan kulit,” katanya kepada IANS dalam satu temu bual melalui e-mel.

Tambahnya lagi, beliau kini mendisiplinkan diri dengan rutin penjagaan muka yang dilakukannya setiap hari.

“Cara terbaik dan termudah adalah mencuci, melembap, mencuci solekan anda setiap malam serta minum lapan gelas air  yang cukup.

“Percayalah bahawa semua perkara ini mendatangkan perbezaan yang ketara. Cuci muka dua kali sehari dan jangan lupa untuk letakkan spf di muka untuk pelindungan daripada cahaya matahari,” katanya lagi.

Pelakon ini juga menekankan soal penjagaan muka sejak muda lagi supaya wajah kekal cantik dan berseri.

“Orang sering mempunyai tanggapan penjagaan wajah seharusnya dilakukan ketika tanda-tanda penuaan muncul seperti bintik-bintik hitam, kulit kusam dan rona tidak sekata, namun tanda-tanda tersebut dapat dielakkan jika anda menjaga kulit anda sejak muda lagi,” katanya.
Powered by Blogger.