F Kad Kahwin Amyra Rosli - Amar Baharin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kad Kahwin Amyra Rosli - Amar Baharin


Alhamdulilah, seperti yang telah dijanjikan dari awal, ibu Amyra Rosli atau lebih dikenali dengan nama Kak Noor kini sedang sibuk mengedarkan kad jemputan bagi majlis perkahwinan anaknya itu bersama Amar Baharin.

Majlis resepsi pasangan Amyra - Amar akan diadakan pada 12 November depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dengan tema Black Glam.

"Majlis ini santai-santai sahaja.  Yang penting dapat berkumpul dengan semua keluarga, saudara mara dan semua kawan-kawan.  Doakan majlis berjalan dengan lancar," pintanya.

Amyra dan Amar sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada 22 Julai lalu.  Dan seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, majlis pernikahan akan diadakan pada 11 November dan majlis resepsi sebelah Amar pada 19 November.

InsyaAllah, kita doakan agar kesemua majlis yang dirancang dipermudahkan.
Powered by Blogger.